Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Rengit asal nama daripada sejenis nyamuk atau agas. Sebab di kawasan ini dulunya, masa nak buka penuh dengan nyamuk dan agas. Itulah salah silah sejarah dapat namanya hingga ke hari ini. Rengit ni antara pekan yang agak membangun sebabnya boleh dikatakan semua ada di sini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Aktiviti Gotong-Royong Menghias & Membersih PI1M Taman Rengit Indah

11 September 2015

Bulan ini aktiviti yang diadakan lebih ringkas dan santai seperti gotong-royong menghias dan membersihkan Pi1M. Tujuan gotong royong ini diadakan adalah ....baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Hari Kebangsaan 2015 Bersama Tadika Perpaduan Taman Rengit Indah

29 August 2015

Pertandingan mewarna ini diadakan sempena menyambut bulan kemerdekaan yang telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Taman Rengit Indah. baca selanjutnya

Pertandingan Reka Cipta Kad Raya Kreatif 2015

28 July 2015

Seramai 20 peserta telah mengikuti pertandingan tersebut. Berikut adalah senarai nama pemenang bagi pertandingan ini. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya